Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 16, 2010

Nk wat ape ek..

Mmg xde keje sgt dh ni.. huhu.. so t'ingt lak kt blog ni...
erm.. bulan2 pose ni elok gak lau kite bace2 hadis siket2 kn..? ehee..
Jom cek beberape hadis yg b'kaitan dgn buln yang mulia ni..

1) Jom dpt'n mlm Lailatul Qodri!

Diriwayatkan drpd Aisyah r.'anha, beliau berkata "Rasulullah s.a.w sll beri'ktikaf (di masjid sambil beribadah kpd Allah dgn bersungguh2) pada 10 terakhir bulan Ramadhan.Baginda juga bersabda:'berusahalah mendapatkan malam Lailatul Qodri pd 10 mlm terakhir bulan Ramadhan'"
(Diriwayatkn oleh al-Bukhari)


2) Special nye doa org yg berpuasa!

Diriwayatkan drpd Abu Hurairah r.a, beliau berkata:Rasulullah s.a.w pernah bersabda " Ada 3 golongan yang tidak akan ditolak doa mereka; orang yg berpuasa sehingga dia berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi.Allah akan mengangkat doa orang yang dizalimi di atas awan dan membuka untuknya pintu2 langit.Allah berfirman:"Demi keperkasaan-Ku,Aku pasti akan menolong kamu, sekalipun setelah berlalu sesuatu tempoh"
(Diriwayatkn oleh at-Tirmizi)


3)Jom bermurah hati dn bertadarus Al-Quran!

Diriwayatkan drpd Ibnu Abbas r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w org yg plg pemurah.Baginda lebih lagi bermurah hati pada bulan Ramadhan ketika Jibril dtg menemui Baginda. Jibril menemui Baginda pada stp mlm bulan Ramadhan, lalu bertadarus al-Quran bersama Baginda. Sesungguhnya Rasulullah lebih bermurah hati dgn pkr baik berbanding angin yg bertiup bebas (yg membawa hujan ke semua tmpt)"
(Diriwayatkn oleh al-Bukhari)


4)Jgn lupe tunaikn zakat fitrah!

Diriwayatkn drpd Ibnu Umar r.a, beliau berkata: Rasulullah tlh menfardhukn zakat fitrah sbyk 1 gantang drpd kurma, atau 1 gantang drpd barli. (Baginda menfardhuknnya) ke atas hamba yg merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dn org dewasa di kalangan org2 islam. Baginda s.a.w memerintahkan supaya zakat fitrah itu dibayar (selewat-lewatnya) sebelum org ramai keluar ke tempt solat (utk menunaikan solat Hari Raya Fitrah)
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)


5)Menyegerakan berbuka dn melewatkn sahur!

Diriwayatkan drpd Sahl bin Sa'ad r.a. bahawa Raulullah s.a.w bersabda:"Manusia (iaitu org islam) sentiasa dlm keadaan baik selama mana mrk menyegerakan berbuka puasa"
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

Dalam 1 riwayat drpd Abu Zarr r.a pula terdapat tambahan "...dan melewatkan bersahur"
(Diriwayatkan oleh Ahmad)


6)Mesti niat puase tau!

Diriwayatkan drpd Hafshah r.anha drpd Nabi s.a.w, Baginda bersabda: "Sesiapa yg tidak berniat utk berpuasa (fardhu spt Ramadhan, qodha', nazar dan seumpamanya) pd waktu mlm (antr awl maghrib dengan) sebelum terbit fajar (yg menandakan masuk waktu Subuh), maka tidak ada puasa bgnya (iaitu puasanya tidak sah)"
(Diriwayatkan oleh an-Nasaie)


7) Kelebihn solat Tarawih!

Diriwayatkan drpd Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesiapa yg bangun mengerjakan sembahyang (Tarawih, Tahajjud dan sebagainya pd mlm2) Ramadhan dgn penuh keimanan, keikhlasan serta mengharap keredhaan dn pahala Allah s.a.w, nescaya diampunkan dosanya yg tlh lalu"
(Diriwayatkn oleh al-Bukhari)

0 comments: