Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 8, 2012

MAAF kerna aku tak sempurna..

Buat suami ku.. 
aku mohon maaf atas kekasaran dn kelemahan ku..
aku tak mampu mengawal marahku... aku INGIN menjadi TAAT seperti Khadijah..
namun ku rasa terlalu jauh untuk aku menjadi sepertinya...
aku CUBA... menambah ilmu dgn membaca.. dn sentiasa memperbaiki ibadah ku..
namun aku manusia tak sempurna.. Mempraktikkan tidak semudah membaca teorinya...
Aku mohon redhamu...
sabar lah mendidik aku...

Oleh: Jalaluddin Rakhmat
Ketika kita menempuh bahtera rumah tangga, ketika kita sedang menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya, kita dianjurkan untuk melihat kembali kecintaan kita kepada keluarga Nabi. Dalam memperkuat kecintaan kita kepada keluarga Nabi di dalam mengayuh bahtera keluarga, kita diwajibkan meneladani perilaku kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak.

Dalam memperlakukan isterinya, Rasulullah senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isterinya melebihi suami-suami yang lainnya. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan salat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata: Di tengah malam beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik, “Wahai Aisyah izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasul kepada isterinya sampai ketika beliau hendak melakukan salat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin kepada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Pada izin Rasulullah itulah tergambar kecintaan dan penghormatan terhadap isterinya.

Nabi adalah sosok yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal ini terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah hanya mengatakan, “Wahai Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama.”

Rasulullah mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya sampai Rasulullah berkata, “Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah.”

Nabi pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargai-nya, tidak mengajaknya bicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda, “Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina.” Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang mulia.

Salah satu ibadah yang paling besar di dalam Islam adalah berkhidmat kepada isteri. Rasulullah bersabda, “Duduknya seorang lelaki dengan isterinya kemudian membahagiakan isterinya, pahalanya sama dengan orang yang itikaf di masjidku.”
Kita dapat saksikan para jemaah haji ketika tinggal selama seminggu di sana mereka berusaha melakukan itikaf dengan sebaik-baiknya di masjid Nabawi. Kita akan memperoleh pahala yang sama seperti itikafnya para jamaah haji kalau kita duduk bersama isteri dan berusaha membahagiakan, memberikan ketenteraman dan keselesaan kepadanya.

Begitu pula bagi para isteri. Mereka haruslah menjadi seorang isteri seperti Khadijah Al-Kubra. Khadijah adalah sosok isteri yang sangat dicintai oleh suaminya. Selama Rasulullah menikah dengannya, Rasulullah tidak pernah memikirkan the other women beside her, wanita lain di samping Khadijah. Rasulullah hidup dalam suasana yang penuh dengan kecintaan dan kasih sayang.

Cinta kasih Nabi terhadap Khadijah tergambar dalam riwayat berikut ini: Setelah Khadijah meninggal dunia, Rasulullah menikah dengan Aisyah. Suatu hari Rasulullah sedang berada di depan rumah. Tiba-tiba Rasulullah meninggalkan Aisyah menuju kepada seorang perempuan. Rasulullah memanggilnya dan menyuruh perempuan itu duduk di hadapan-nya kemudian mengajaknya berbicara.
Aisyah bertanya, “Siapakah perempuan tua ini?” Rasul menjawab, “Inilah sahabat Khadijah dulu.” Lalu Aisyah berkata, ”Engkau sebut-sebut juga Khadijah padahal Allah telah menggantikannya dengan isteri yang lebih baik.”

Ketika itu marah-lah Rasul sampai bergoncang rambut di atas kepalanya. Lalu beliau berkata, ”Demi Allah, tidak ada yang dapat menggantikan Khadijah. Dialah yang memberikan kepadaku kebahagiaan ketika orang menghinaku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya.” Mendengar itu Aisyah tidak dapat memberikan jawaban. Hadits ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim.

Dalam ucapan Rasulullah itu, selain terkandung kecintaan Rasul terhadap Khadijah, juga terkandung kebaktian Khadijah terhadap suaminya. Khadijahlah yang menghibur suaminya ketika dalam perjuangan dilanda berbagai penderitaan. Khadijahlah yang mengorbankan seluruh hartanya ketika suaminya memerlukan. Khadijahlah yang mendampingi suaminya dalam suka dan duka.

Sehingga Rasul berkata, ”Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan Khadijah.”

Kepada para isteri, jadilah seperti Khadijah yang setiap saat rela mengorbankan apa pun demi kebahagiaan suami. Yang di saat-saat suami ditimpa duka dan kesusahan siap berdiri di sampingnya, memberikan hiburan dan kebahagiaan kepadanya dengan seluruh jiwa dan raga.

Kebaktian kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama. Sampai Rasulullah bersabda, ”Kalau seorang perempuan memberikan setitis minum kepada suaminya atau memindahkan barang dari rumahnya ke tempat yang lain untuk membahagiakan suaminya, maka pahalanya sama dengan melakukan ibadah satu tahun.”

Oleh sebab itu, hormatilah suami. Berikan kepadanya penghormatan yang sepenuhnya dan berikanlah kecintaan yang sepenuhnya. Insya Allah, Tuhan akan berkati keluarga yang seperti demikian.

http://ummahonline.wordpress.com/2008/01/23/rumah-tangga-nabi-teladan-suci/ 

Saturday, April 7, 2012

membazir jer...

haish..
hr ni sy terajin nk masak...
Sambal tumis sotong.. sup ayam dn sayur goreng...
tp sendiri mkn je...
msk byk plak tu.. adui.. membazir btol... :(

Thursday, April 5, 2012

imej....





Dah lama sgt berhajat nk tukar imej...
tp blom terlaksana lg...
haish.. TEROK btol... 
antr alasan yg tlh diknlpasti knp plan tergendala:
1) takut TAK istiqamah
2) selalu rase belum bersedia (iman TAK cukup kuat lg... -_-')
3) selalu fikir "ape org akan ckp ye..."  dan  "ape tanggapan org nt ye..?"
4) suasana dan budaya fesyen di M'sia...

KESIMPULAN: TAK NEKAD!!

JADI....
Xnk dh tangguh2 lg... 
mule perlahan-lahan dn sikit-sikit... lame2 nnt lekat la kan? I'Allah...Ameen.. 
mule dgn:
1) pakai sarung lengan
2) pakai stokin
3) Labuhkan tudung..
nk cuba ini dulu setiap hari bila pegi sekolah... 

Semoga Allah beri kekuatan pd ku utk berubah..  Bantu aku Ya Allah..
'Hasbiallahu wa ni'mal wakil..'

http://myibrah.com/8-sifat-pakaian-wanita-islam 

Tuesday, April 3, 2012

crazy!!

hurm.. skrg tgh 'gila' survey sofa set.. set meja mkn... dn set bilik tidur... :P
SURVEY SHJ OK!!!
belinya belum tau bila.... wlpn xdpt beli lg.. tp dpt survey dh cukup menggembirakan... hihi.. sy mmg minat sgt bab2 deco dn interior design nih... ngeh2.... satu kepuasan!
Nih ade seketoi dua gambar sofa set idaman sy.. jom cuci mata...


                         
 tadaaaa.... suke sgt yg mcm ni..

                                                        
 or... dpt yg mcm ni pn best!


I'Allah ade rezeki.. akan ku miliki jgk nnt... amin.. :D

Dah sampai!!!!

yeaaaa2x...
hihi.. alhmdllh... td mesin basuh dn tv dh sampai!
soalan 1st hubby: "suka x?"
jwpnnye: "SUKA SGT!"

terima kasih sayang...  :D
Erm... washer machine tgh rasmi...  tv plak blom blh rasmi sbb 'org astro' ckp kene tggu dlm 2 hari br ade siaran...
sokay... sy sabar menunggu... :P

mood: HAPPY SGT!


Monday, April 2, 2012

rumah pertama kami...

31/3/2012..
Hari pertama kami masuk RUMAH PERTAMA kami sbg husbnd n wife!!!! :)
Perasaan =  Gembira+teruja+berdebar2... :D
So.. as usual... bile pindah rumah ni.. kerja wajibnya mesti la cuci rumah kn? erm... jd.. seharian lah kami mencuci.. mengemas dn memindahkan brg... sgt3x letih.... smpai hr ni pegi sekolah dlm keadaan xsihat.... selsema.. batuk n demam... sampai masuk kelas pn bwk bekalan sekotak tisu.. huhu... alhmdllh skrg Allah dh bg sihat sket.. syukur...

Tapi.. sebenarnya... blh kate 90% kerja cuci mencuci tlh di'handle' oleh Mr.Husbnd... sy cume buat kerja2 mengelap dan mengemaskan barang jer... tapi penatnye ya Allah... Kesian Mr. Husbnd.. mest dia lbh2 lg penatnya... tp.. demi sy... Kalau blh semuanya dia nk buat... He's always like that......
1) Tak nk sy susah..
2)Selalu dan terlalu risau..(semua benda nk pesan.. smpai sy jd lupa.. sbb byk sgt nk ingt..)
3)Sedaya upaya dn semampu yg blh cube sediakan semua keperluan sy....
...
:'( terima kasih sayang....

1/4/2012
Shopping....
Ini pn menggunakan byk tenaga.. seharian mencari kelengkapan rumah... tp seronokkk... (name pn perempuan... sape yg xsyok bab shopping kn... hihi)
terima ksh abg sbb belikan brg2 rumah tuk sy... :D

Tujuan sy tulis entry ni sbb nk catat'n sgl SUSAH PAYAH dan PENGORBANAN Mr.Husbnd yg sgt sy cintai...

Dia sll tnye sy: 'B syg abg x?'.. :')
Jwpnnye:  'TERSANGAT SAYANG!!'..

Wlpn sy selalu nmpk mcm xkisah.. xambk berat.. tp sy ingt.. sy hargai.. dn sy sgt terharu dgn setiap ape yg abg buat tuk  sy...
Abg jgn terlalu risau... sy boleh jaga diri.. ok? trust me...
Syukur kpd Allah kerana telah mengurniakan suami yg terbaik utk sy...
I LOVE U...